~ Untuk maklumat lanjut sila hubungi: Cik. Jasmin - 017-691 2896
WANNABE SPECIAL ENTERPRISE
akan mengadakan satu pertandingan Paintball
bagi mengeratkan silaturahim dan kemesraan di kalangan Pelanggan dan ahli WANABE CLUB.
Berikut adalah butiran mengenai pertandingan ini:
- Tempat : FORTRESS PRESTIGE, Krubong, Melaka. *
- Tarikh : 18 May 2008 (Ahad ) *
- Format Pertandingan : 4 Orang Sepasukan
- Yuran Penyertaan : RM 360.00 / pasukan
Tarikh tutup adalah pada 30 April 2008.
Penyertaan hendaklah disertakan dengan bayaran kepada:
Maybank Account : WANNABE SPECIAL ENTERPRISE:
5041 - 1510 - 4236.
Mereka yang berminat bolehlah memindah turun (download) borang penyertaan
atau menghubungi Cik Jasmin (06-231 9025).
KONSEP PERMAINAN :
Capture The Flag
Dua pasukan. Kedua-dua pasukan hendaklah menyerang dan menumpaskan lawan masing-masing
di samping merampas bendera pasukan sendiri yang diletakkan di kubu lawan masing-masing.
Objektif akan tercapai sekiranya bendera tersebut
dapat di bawa balik ke kubu sendiri dan memacakkannnya.
* Semua peralatan sukan paintball (playing gear)disediakan oleh pihak penganjur.
* Peralatan luar tidak dibenarkan.
* Hadiah Disediakan bagi Pemenang tempat Pertama, Kedua dan Ketiga.
* Sebarang Perubahan Tarikh dan Tempat akan diberitahu melalui Telefon/Email
WWW.WANNABESPECIAL.COM
The Place Where You Can Be
What You Want To Be...
1 ) KEM JATIDIRI - 70-80 BELIA / REMAJA 15 (Tahun ke atas). (May - Jun 2008)
PENGENALAN
- Generasi muda yang merupakan modal insan yang sangat penting perlu dibimbing bagi memahami kepentingan jatidiri, sikap positif dan semangat sepasukan(teamwork and team-building)supaya dapat memainkan peranan yang berguna untuk masa depan negara;
- Satu pendekatan baru dicadangkan dengan menggabungkan kaedah Experiental Learning Process (Proses Pembelajaran Melalui Pengalaman) dan Total Quotient Development (TQD): Back to Basic bagi mencetuskan keinsafan dan kesedaran kendiri yang dapat bertahan lama dalam ingatan seseorang;
- Pendekatan ini dijangka dapat memberi sumbangan yang lebih bermakna bagi meningkatkan jatidiri, daya pimpin dan daya saing generasi muda dan seterusnya dapat mencegah dan mengurangkan masalah sosial.
OBJEKTIF
Program ini bertujuan untuk:
- Mencetuskan kesedaran dan keinsafan kendiri tentang kepentingan menghindari dan mencegah masalah sosial, khususnya penyalahgunaan dadah di kalangan generasi muda;
- Membantu menghapuskan sikap negatif, masalah sosial, perlakuan jenayah dan penyalahgunaan dadah secara berkesan di peringkat awal;
- Membina individu dan kumpulan yang mempunyai kesedaran tentang harga kebebasan diri dan erti kemerdekaan, dan seterusnya mengamalkan cara dan gaya hidup yang sihat dan bermakna;
- Meningkatkan Kecerdasan Spiritual (SQ), Kecerdasan Intelek (IQ), Kecerdasan Emosi (EQ) dan Kecerdasan Fizikal (PQ) dan membina individu dan kumpulan yang mempunyai "kekuatan dalaman" dalam bentuk keupayaan dan ketrampilan daya saring, daya pimpin, daya tahan, daya saing dan daya juang, sehingga mampu menghadapi cabaran dalaman dan luaran;
- Memperkukuhkan jatidiri generasi muda supaya mempunyai minda positif dan mampu dan berani menghadapi persaingan hebat di peringkat nasional dan global;
- Membantu peserta menyediakan diri sebagai pewaris bangsa yang mempunyai halatuju dan mampu mencapai kejayaan dalam hidup, selaras dengan Pendekatan Islam Hadhari bagi memperkasakan modal insan;
- Membangunkan bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk melahirkan generasi yang mempunyai sahsiah dan keperibadian, ketrampilan, ilmu, kemahiran, perpaduan dan semangat yang tinggi dan kental, sehingga lahir sebuah bangsa dan negara yang bertamadun dan dihormati di mata dunia.
KANDUNGAN MODUL
- Ceramah Motivasi
- Latihan Kepemimpinan
- Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
- Aktiviti Outdoor
TEMPOH
3 Hari 2 Malam
TEMPAT
KEM MODAL INSAN - SUNGAI RAMBAI MELAKA atau mana-mana kem/resort yang diminta oleh pelanggan.
PESERTA
70 - 80 Belia/Remaja berumur 15 Tahun dan (Ke atas)
KONSULTAN
Kem ini dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman dalam bidang latihan motivasi dan ketenteraan.
Bayaran Pakej (3 HARI 2 MALAM ) : RM 95.00/seorang
- " Makan (6 x Sehari)
- " Penginapan
- " Jurulatih/Fasilitator
- " Insuran Peserta & Artikel Media (Atas Persetujuan atau Penaja)
- " T-Shirt, Topi
- " Sijil Penyertaan
- " Kad Ahli "WANABE CLUB"